Isnin, 27 Mei 2013

SEJARAH SEKOLAH.
Pengetua: En Zahidi Abdul Ghani

SMK Bandar Baru Putra terletak 10km dari Bandaraya Ipoh iaitu di dalam kawasan perumahan penduduk Bandar Baru Putera. Keluasan kawasannya adalah 4.8 hektar hektar (11.87 ekar). Sekolah ini dibuka pada tanggal1 Ogos2009 dan diuruskan oleh dua orang
pengurus operasi iaitu En.Abdul Rahman b.Mohd. Basir dan En. Shaharuddin bin Sani.
Pembinaan sekolah ini adalah di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menelan kos sebanyak RM20 juta. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada  4 Januari 2010, dengan jumlah pelajarnya seramai 418 orang,13 kelas , dan 23 orang guru. Sekolah ini dilengkapi dengan 5 blok bangunan iaitu blok pentadbiran,blok akademik, bengkel,
makmal dan bilik-bilik khas, kantin, dan dewan serba guna.Blok pentadbiran merangkumi pejabat, bilik guru,
bilik gerakan,pusat sumber, bilik tangan , bilik multimedia, bilik kaunseling, bilik peperiksaan,dan bilik latihan
dalam perkhidmatan. Sekolah ini turut dilengkapi dengan dataran kejat perhimpunan, gelanggang bola keranjang, bola jaring, danpadang bola sepak yang boleh menampung trek balapan 400m. Pengetua sekolah ini ialah
En Zahidi Abd Ghani. Pengetua pertama ialah Hj. Mohd. Jasmi b.Alias. Barisan Penolong Kanan pula terdiri daripada Pn. Aspalela bt Abdullah dan En. Shaharuddin b.Sani
selaku Penolong Kanan Kokurikulum. Empat orang Guru Kanan turut ditempatkan di sekolah ini. Pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta persekitaran yang selesa dan luas serta pelbagai kemudahan yang sedia ada membolehkan sekolah ini mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan  sahsiah dalam masa yang singkat.